Thursday, March 26, 2009

Kita dan Kerja

Terpanggil untuk meluahkan apa yang terbenak di dalam minda. Lebih-lebih lagi apabila dunia kini melanda kegawatan ekonomi yang apabila dikaji, menyamai apa yang berlaku pada tahun 1930 dahulu; kegawatan yang dikatakan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun untuk pulih. Jadi kita ada 4 tahun lagi untuk berdiri semula; dan mungkin juga bekerja semula tanpa rasa gusar untuk diberhentikan.


Acapkali kita dengar banyak syarikat yang sudah pun gulung tikar akibat penangan kegawatan ini. Manusia kini semakin ramai berkelana tanpa kerja. Semakin tinggi juga lah kadar jenayah yang di'ilham'kan oleh penggangur-penggangur yang dihimpit penderitaan. Tetapi ada juga syarikat yang masih bertahan; ataupun boleh kita katakan 'segan-segan bertahan' demi nama yang dibawanya. Mereka tidak membuang pekerja, mereka masih membayar gaji pekerja on time, tetapi mereka mula mealpakan diri untuk memberikan perhatian kepada isu-isu welfare pekerja. Salah satunya mengenai isu keselamatan dan kesihatan pekerja.


Banyak syarikat hanya 'menanam tebu di tepi bibir' apabila menyentuh isu keselamatan dan kesihatan pekerja ini. Bagi mereka, perkara itu hanyalah secondary issue dan yang lebih utama ialah produksi yang lebih membawa keuntungan. Betul, setiap syarikat mahukan keuntungan. Tetapi mereka juga harus mengambil kira 'teori iceberg' di mana kos-kos yang terselindung lebih banyak dari kos-kos sedia ada. Sekiranya berlaku kemalangan di sesebuah syarikat, kos seperti mengantikan mesin, pekerja, kos perubatan dan insuran adalah amat tinggi. Kerana itulah kemalangan haruslah dicegah daripada berlaku dan ini membabitkan keselamatan dan kesihatan.


Pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) juga menghadapi dilema apabila berdepan dengan masalah penguatkuasaan dan kerjasama daripada majikan. Mereka juga bekerja makan gaji, dan semestinya menuruti apa sahaja yang diperintahkan oleh majikan. Jadi, kebanyakan usaha yang dilakukan oleh SHO ini, hanya sekerat jalan sahaja. Peruntukan teah diberikan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994, tetapi berapa kerat sahaja majikan yang mahu mendalami Akta ini? Perlantikan SHO hanya untuk memenuhi kehendak undang-undang sahaja. Tetapi tugas-tugas yang diamanahkan kepada beliau, walaupun telah dijalankan sebaik mungkin, tetap mendapat perhatian yang terkahir sekali oleh majikan.

"If you think safety is expensive, try create an accident."