Thursday, October 2, 2014

Dengki La Pulak...

Aku tak suka bila orang cakap bangsa aku ni masih di takuk lama. Masih suka nak bertongkat, jadi lalang dan penuh hasad di dada. Aku tak suka dengan bangsa aku ni suka berebut jawatan, kaki ampu, suka cari salah orang dan banyak lagi yang negatif. Aku tak rasa bangsa aku ni teruk. Bangsa aku OK apa! Kalau nak dibanding kan dengan bangsa lain, lagi teruk aku rasa bangsa kat luar sana.
Satu lagi... orang ada jugak cakap dengan aku, jangan 'up' sangat isu bangsa. Agama itu lebih penting. Betul tu... Memang aku tak nafikan agama adalah tiang kehidupan. Agama kita sama, tapi bangsa kita lain2. So kat sini aku just nak petik pasal bangsa aku yang masih tak berubah.
Bila kita ada ilmu yang sedikit, aku rasa terpanggil untuk berikan juga ilmu itu kepada orang lain. Sebab aku rasa mungkin orang lain perlu tahu hal itu, orang lain perlu sedar hak mereka, orang lain perlu berkongsi rasa dengan kita. Tapi bila ada orang yang tak suka ini berlaku (perkongsian ilmu), bagi aku... ini adalah orang yang sudah busuk hatinya.
Orang akan cakap... "alah, tak yah amik port sangat apa yang dia cakap tu!". Ni bukan masalah port ke apa. Ni masalah hati! Kalau kita ikhlas, kita bagi tanpa nak tunjuk kat orang lain. Kita pertahankan apa yang kita rasa betul.
Tapi kenapa masih ada orang yang suka slash orang lain, walhal dia tahu benda itu adalah salah? Tak suka ke nak tengok bangsa sendiri... seagama ni naik sama?

Ada sesiapa yang nak bagi pandangan?

Monday, August 25, 2014

SANGKA MENYANGKA

"Wahai orang-orang yang beriman. Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati? Oleh itu patuhilah larangan tersebut dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." Suragh Al-Hujurat, ayat 12.

Sultan Murad 1V, iaitu Sultan Empayar Othmaniah pada tahun 1623-1640, selalu pergi berjumpa dengan rakyatnya secara menyamar. Selalunya beliau ditemani oleh Ketua Keselamatannya.

Pada suatu hati mereka terlihat sekujur tubuh yang dah tak bernyawa di tepi jalan. Tak ada orang pun yang pedulikan jenazah tersebut. Kemudian Sultan bentanya kepada orang ramai, siapa yang terbaring itu?

"Oh... dia tu si polan bin si polan. Kaki botol dan suka melanggan pelacur". Kata seorang dari mereka.

Sultan membalas, "Bukankah beliau juga hamba Allah dan umat Muhammad SAW? Tolong saya angkat jenazah ini dan hantar ke rumahnya."

Sampai dirumah arwah, hanya Sultan Murad dan pengawalnya yang tinggal. Orang lain semuanya dah balik. Apabila isteri arwah melihat tubuhn suaminya, beliau terus menanggia, "Moga Allah merahmatimu. Sesunggugnya kamu dari golongan orang yang beramal."

Sultan Murad terkejut. Beliau bertanya, "Macam mana pula kamu katakan suami kamu ini orang yang alim. Sedangkan saya dengan yang sebaliknya tentang suami kamu."

Wanita itu membalas. "Tuan, setiap malam suami saya akan membeli beberapa botol arak lalu membawanya pulang. Sampai di rumah, beliau akan membuang semua arak tersebut ke longkang. Lalu suami saya akan berkata - saya dah selamatkan beberapa orang dari nmembeli arak itu. Kemudia suami saya akan pergi pula ke rumah pelacuran dan membayar seorang dua pelacur dan meminta supaya pelacur itu menutup pintu rumahnya untuk semalaman. Kemudian suami saya ini berkata - hari ini aku dah selamatkan pelacur itu dan orang yang ingin melacurinya".

Moral of the story, jangan suka dengar cakap-cakap orang. Selidik dulu betul-betul.

Wednesday, February 5, 2014

Kontroversi Tahap Tertinggi

    Aku terbaca dalam satu blog mengenai pendedahan bagaimana seorang pembesar yang tak sepatutnya menjadi pembesar. Aku pun pernah dengar dulu mengenai kes ni, tapi dengar gitu-gitu je ler. Ni bila aku terbaca mengenai pendedahan tersebut, aku rasa seram sejuk, teruja dan penuh tanda tanya.
     Siapa yang betul? Siapa yang salah? Adakah bukti yang diberikan itu adalah fakta sahih? Adakah bukti pembohongannya itu sebenarnya satu ceritera yang bukan tahap kita nak ungkaikan?
     Persoalan samada dia sultan sebenar atau tidak, itu hanya Allah yang mengetahui. Kalau nak ikutkan, sultan ke, raja ke, menteri ke, kita semua adalah hamba Yang Maha Esa. Kita pergi Haji/Umrah, pakai kain ihram yang sama warna. Kita dikebumikan pun pakai kain kapan warna yang sama -PUTIH.
      So isu siapa patut jadi sultan, sapa anak gahara, sapa tak berdaulat, sepatutnya tak timbul. Itu soal remeh dalam dunia ni. Yang lebih penting adalah pengukuhan Islam dalam diri.
      Kalau ada sesiapa nak berdiskusi pasal hal ni, boleh la kita contact2 nanti ye. Nasihat saya, jangan cepat percaya apa yang kita baca atau dengar. Buat pertimbangan yang sewajarnya. Memang cerita2 ni sedap didengar. Tapi kita perlu mencari kesahihannya.

Tuesday, February 4, 2014

JOM KENAL SEJARAH

       Sewaktu tengah menikmati cuti Tahun Baru Cina yang lepas (1hb Feb 2014), ada seorang rakanku mengajak aku berbicara tentang sejarah lama, tentang kesultanan Melaka, Tun Tuah dan sebagainya. Lagi pun, sekarang ni meletop cerita tentang seorang pakcik yang mengaku dirinya keturunan Sultan Melaka. Aduhai... aku tak nak komen hal tu. Dulu pun aku pernah terbaca artikel pasal kembalinya ketuanan kesultanan Melayu. Katanya, setiap negara di Malaysia ni nanti, akan ada waris sultan dari waris yang asal memegang tampuk pemerintahan. Wallahualam...
      Ok jom kita buka lembaran sejarah jap. Waktu Melaka jatuh di tangan Portugis dulu, si Alfonso Alburqueque berkata beliau telah merampas sekitar 3,000 buah meriam dari Melaka. Banyak tu!!! Kata si Portugis ni lagi, jumlah tu hanya separuh dari yang ada di Melaka. Kat sini je kita dah dapat lihat bagaimana Melaka tu dulu bukannya kuno dari segi ketenteraan dan pertahanan negara. Bahkan orang Portugis pun dikatakan tercenggang-cenggang melihat satu benda ajaib di dalam istana Melaka. Benda itu amat asing bagi mereka. Mana kan tidak, apabila askar Portugis melihat ke dalam benda tersebut, ada keluar muka 'raksaksa yang hodoh'! Nak tau apa bendanya tu? Itu lah cermin! Ya, di Melaka dah ada cermin time tu dan ianya amat asing bagi bangsa yang kononnya dah maju sangat kat dunia.
      So kalau dah ada meriam banyak , istinggar (pistol lama) pun ada, ilmu persilatan yang tinggi, kenapa Melaka boleh jatuh? Haaa... yang ni nanti saya boleh jawab sikit2. Tapi bukan semuanya kat sini. Nanti kita boleh berdiskusi lebih panjang.
       Banyak faktor yang membawa kejatuhan Melaka. Anggara si Kitol yang tamak harta, Sultan Mahmud yang kurang arif tentang pengurusan negeri, sifat tamak pembesar dan yang terutama sekali... tak mengamalkan nilai-nilai pegangan Islam lagi.