Monday, September 12, 2011

Mudahnya Nak Berjaya

Tajuk di atas adalah salah satu tajuk pilihan untuk aku letakkan di dalam buku aku yang ketiga nanti. Sekali baca, mungkin ada yang cakap, "mana ada jalan mudah nak berjaya!". Itu aku tak nafikan; memang betul tiada jalan mudah untuk berjaya. Nak jadi jutawan, nak pakai kereta mewah, nak rumah besar, nak duit banyak... semua ni bukannya mudah. Tetapi aku mengambil pendekatan yang berbeza sikit. Jika selama ni kita asyik cakap 'tiada jalan mudah untuk berjaya', apa kata kita ubah sikit cara pemikiran kita dan katakan 'MUDAHNYA NAK BERJAYA'. Dalam buku ke-3 aku tu nanti, aku akan kupas beberapa prinsip yang boleh kita gunakan untuk menjadi berjaya. Memang sebenarnya tak mudah, tetapi semuanya ada dalam diri kita sendiri. Kalau kita nak benda tu jadi mudah, maka mudah lah ia.

Tetapi apa yang aku nak coretkan kat sini ialah tentang ada puak yang masih lagi skeptical dgn apa yang aku nak tulis. Masih lagi nak sinis2 mengatakan aku ni cuma 'berlagak bagus' sahaja. Ada yang mengatakan aku ni suka tulis tentang perkara hebat, kejayaan dan kecemerlangan... tetapi diri aku sendiri belum begitu. Pada mulanya memang sedih bila dengar benda ni. Tetapi aku tetap positif kan diri dan anggap puak2 ini sebenarnya sedang mempunyai masalah dalam diri mereka. Antaranya ialah:
1) Sedang menghadapi masalah kewangan
2) Sedang menghadapi masalah keluarga
3) Tak tahu apa nak buat dalam hidup
4) Kurang berkawan DLL...

Mungkin puak2 ini anggap, kalau kita nak tulis pasal hebat, kita kena jadi orang hebat dulu. Kalau nak tulis pasal kejayaan, kita kena jadi berjaya dulu. Mungkin ada betulnya. Tetapi aku mempunyai pandangan berbeza sikit. Aku faham tentang kehebatan, kejayaan dan kecemerlangan manusia. Aku baca tentangnya dalam banyak buku. Aku kaji prinsip yang mereka guna. Jadi matlamat utama aku menulis tentang semua tu adalah untuk mencabar diri aku sendiri supaya menjadi hebat dan berjaya seperti mereka (tak banyak pun, sikit jadi la...). Aku boleh lakukannya dan aku sedang melakukannya sikit demi sikit. Kemudian aku tersedar, kalau ramai yang lain faham tentang konsep ini, lagi bagus kan? So aku menulis pula tetangnya supaya ada yang lain (kalau sudi) akan membacanya.

Kena faham la..., nak jadi hebat dan berjaya bukan hanya boleh jadi dalam sehari semalam. Ianya adalah satu PROSES yang perlu dilakukan continuously. Kalau tak berjaya, cuba lagi. Kalau tak kena, cuba lagi. Kalau tak dapat, cuba lagi. Bagi aku, puak2 yang sinis terhadap apa yg aku lakukan ini adalah golongan yang tak berusaha lebih. Yang kurang mengunakan kehebatan otak mereka ke tahap yang maksimum. Kena 'basuh' sikit, dah melarat mengutuk orang lain. Bila nak berjaya beb? Orang lain dah ke bulan, engko masih lagi menyalak bukit kat bumi!

So kepada puak2 sebegini, aku sarankan banyakkan membaca. Baca tentang kehebatan Rasulullah, cendiakiawan Islam dahulukala, org2 berjaya yang ada di dunia. Baca buku2 hebat dari Dr Fadzillah Kamsah, Dr HM Tuah. Kenali juga penulis Barat yang lain seperti John Maxwell, Ken Blanchard, Jack Canfield dll. Fahamkan apa yang mereka tulis. Buka minda anda yang hampir2 nak berkarat tu.

Ingatlah, saya menulis bukan untuk syok sendiri. Saya mencari sesuatu dalam hidup dan saya ingin berkongsi dengan keluarga saya. Saya melakukan perkara yang saya suka dan saya tahu 'kemahiran' yang saya ada ini boleh diluaskan lagi. Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Kalau anda asyik dibelenggu dengan hutang, susah nak dapat kerja yang sesuai, tak ada matlamat hidup, tak jumpa kehebatan diri, kurang yakin dengan apa yang dibuat, asyik kena tipu, serba kekurangan, dan penuh dengan perasaan negatif, apa kita kita ubah cara pemikiran kita. Kena biasakan diri dengan perkataan2 berikut... unconcious mind, perspective, faith, desire, dream, attraction dll.

Ubah paradigma, ubah cara anda melihat dunia. Kurangkan perasaan negative. Dan yang lebih penting, ingat Allah S,W,T!