Wednesday, January 13, 2010

Tak Setaraf...

Aku selalu berdepan dengan situasi yang memerlukan aku menilai semula ke'intelektualan' seseorang itu. Mungkin dia berpangkat besar, berkedudukan dan mempunyai susunan sijil-sijil akademik yang banyak. Lantas beliau diangkat menjadi 'somebody' tak kira la dalam syarikat atau persatuan. Tapi acapkali peranan beliau sebagai 'orang besar' ini, tidak setaraf dengan pemikiran cetek yang masih berlumut dalam dirinya...

Sepatutnya kita sedar di mana tegaknya kita berdiri; berdepan dengan medium yang sebagaimana dan bila masa yang sesuai untuk melontarkan pandangan. Aku ambil satu kes di mana 'sorang ni' begitu galak nak bercakap bahasa Inggeris tak kira dengan siapa sekali pun. Bukan bahasa rojak, tapi pure Inggeris (kononnya...). Dalam mesyuarat, borak kosong, jumpa kawan-kawan... semuanya nak guna bahasa Inggeris. Bagi aku, bukan tak boleh pun nak cakap bahasa Inggeris ni. Tapi biar la bertempat dan kena gayanya. Kalau dah medium tu semuanya orang Melayu dan bukannya nak discuss hal-hal urusan kerja (kalau tak pun), rasanya tak payah la nak 100% guna bahasa Inggeris.

Satu lagi bila isu keselamatan syarikat dipandang enteng. Ini bukan kes baru, tapi isu lapok di setiap syarikat. Kata mereka, urusan keselamatan adalah urusan Pegawai Keselematan. Aik! Bukan urusan keselamatan ni, urusan bersama ke? Safety Officer bukannya nak jaga diri kamu, kamu le yang jaga diri sendiri!!! Hehehe... aku bukannya nak mengeluh, tapi kalau berterusan sikap macam ni, alamatnya syarikat tu memang akan meletakkan isu keselamatan di tempat terbawah la...

Budaya pengurusan sebegini dah semakin menular. Kita ambil satu perkara dan tolak satu perkara. Kalau rasa isu tu membabitkan wang dan cost yang tinggi, tolak tepi dulu! Tapi kalau perkara tu membawa keuntungan, walau mengunakan cara HARAM, itu akan diutamakan.