Wednesday, November 3, 2010

Teori Kolot Sejarawan Barat


Charles Darwin pada tahun 1830an telah mengejutkan dunia dengan Evolutionary Theory yang mengatakan semua spesis kehidupan ini adalah terdiri dari satu keturunan yang sama. Menerusi kajian yang dilakukannya selama lebih dari 30 tahun, beliau telah dikenali sebagai seorang saintis yang mengatakan bahawa manusia dan beruk adalah dari keturunan yang sama! Maka wujudlah pemahaman dan pertubuhan yang dikenali sebagai Darwinism yang menyokong teori gila ini.

Manakala Stephen Hawking pula adalah seorang theoritical physicist yang dikenali ramai kerana sumbangannya dalam bidang cosmology dan quantum gravity, terutamanya dalam teori black hole nya. Walaupun dengan motor neuron disease yang dihidapinya, beliau masih lagi kuat untuk 'meneroka' alam maya ini untuk mencari teori yang lebih hebat. Maka pada tahun 2009, dengan bangganya beliau memberitahu umum bahawa alam maya ini tercipta dengan sendirinya selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Maka dia juga tidak mempercayai bahawa Allah lah yang menciptakan seluruh alam maya ini!

Berikut hanyalah dua contoh bagaimana kolotnya pemikiran manusia yang kita percaya mereka ini adalah hebat. Golongan budayawan, sejarawan dan pengkaji-pengkaji Barat yang terus menerus memesongkan pemikiran kita dengan teori-teori gila mereka dengan memberikan hujah-hujah dan bukti yang kononnya benar belaka. Matlamat mereka mudah - untuk menjadi terkenal dan secara tak langsung memesongkan akidah dan pandangan kita terhadap keEsaan Allah S.W.T.

Satu lagi 'bencana' yang diberikan oleh sarjana kolot ini adalah teori pra-sejarah mereka. Dinosour yang wujud berjuta-juta tahun dahulu dikatakan tinggal bersama dengan manusia pra-sejarah yang berlindung di dalam gua-gua. Manusia dikategorikan hidup di Zaman Batu (Paleolithic, Mesolithic, Neolithic...). Manusia-manusia awal ini dikatakan hidup sebagai nomadic hunter, memburu binatang-binatang liar untuk makan dan hidup. Mereka bercawat dan tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk berkomunikasi. Mereka hidup berpindah randah dan saling berbunuhan untuk survival hidup. Mereka hidup di dalam hutan, tinggal di dalam gua dan adakalanya di atas pokok.

Kita sedia maklum Nabi Adam adalah manusia pertama di muka bumi ini. Allah mencipta Nabi Adam dengan ketinggian yang amat menakjubkan. Rasulullah S.A.W bersabda, "Allah menciptakan Adam dengan tinggi enam puluh hasta". Jika kita kira dengan pengiraan moden sekarang, maka ketinggian Nabi Adam adalah 27,432 meter! Saya sendiri cuma berketinggian 170meter. Jadi kita boleh bayangkan, tinggi manakah Nabi Adam ini ketika beliau hidup. Dalam menjalani kehidupannya, Nabi Adam sudah pandai menanam pokok2 buah dan menternak binatang. Begitu juga dengan nabi-nabi kemudiannya. Nabi Idris dengan penciptaan alat menulis. Nabi Noh dengan kepandaian membina bahtera. Ini adalah manusia-manusia awal yang mendiami muka bumi ini.

Jadi mana mungkin manusia awal seperti manusia Zaman Batu ini dikatakan bercawat dan hidup nomad? Adakah kita ingin percaya yang Nabi Adam itu sedemikian rupa? Teknologi dan tamadun telah berkembang selari dengan kehidupan manusia. Penciptaan barangan telah wujud sejak adanya manusia. Allah juga telah menjadikan Nabi Adam sebagai seorang yang mengetahui setiap apa yang ada di dunia ini. Beliau tahu setiap jenis pokok-pokok, tumbuhan dan haiwan. Kehebatan manusia telah wujud sejak sekian lama!

Jadi bagaimana pula Darwin boleh memikirkan tentang mawas sebagai sumber keturunannya? Bagaimana pula Hawking boleh menidakkan kewujudan Allah sebagai Maha Pencipta? Inilah bukti yang menunjukkan 'kebodohan orang-orang yang digelar bijak pandai' di muka bumi ini. Kita fikirkan sendiri...

Monday, October 4, 2010

Teori Tun dan Puteri...

Sebelum aku meneruskan ngan teori aku ni, aku nak mintak maaf sebab tak boleh nak letak apa-apa gambar pasal Gunung Ledang ni. Entah kenapa, setiap kali aku nak amik gambar-gambar dari internet, setiap kali tu jugak le ada treat virus. Hmmm... Mistik ke...

Ok mari kita mulakan ngan teorinya...

Kita sedia maklum yang Sultan Mahmud Shah berkenankan Puteri Gunung Ledang sewaktu pemerintahannya. Baginda menghantar satu rombongan untuk meminang Puteri yang diketuai oleh Tun Tuah itu sendiri. Di waktu itu, Tun Tuah juga sudah lanjut usianya. Walaupun dengan susah payah, Tun Tuah tetap mengepalai rombongan itu kerana titah Sultah harus dijunjung. Apabila sampai di kaki Gunung Ledang, rombongan itu pun di suruh untuk berehat. Kata Tun Tuah, mereka akan bermalam di sini dan besok pagi baru lah mereka akan ke atas untuk bertemu Tuan Puteri.

Sewaktu rakan-rakan yang lain sibuk memasak, mengemas kawasan, mencari kayu api dan berehat, Tun Tuah mengambil kesempatan untuk berborak dengan Tun Mamat. Kata Tun Tuah, pekerjaan ini adalah kerja yang sia-sia. Katanya, mengikut 'tenungannya', Puteri Gunung Ledang tidak akan muncul kerana dia tidak berkehendakkan Sultan Melaka. Tun Mamat hanya terdiam mendengar kata-kata Tun Tuah ini. Balas Tun Tuah lagi, biarlah dia sahaja yang mencari jalan bagaimana untuk mengkhabar berita ini kepada Sultan. Kalau Tun bagitau yang mereka tak dapat jumpa Puteri, sure Sultan murka. Jadi beliau kena cari jalan untuk memberikan perkabaran yang gembira buat Sultan.

Setelah pagi hari, Tuan Tuah menyuruh rombongannya tunggu sahaja di kaki Gunung Ledang; biar dia dan Tun Mamat sahaja yang akan naik puncak bertemu Puteri. Setelah beberapa lama mendaki, Tun Tuah mengajak Tun Mamat turun semula. Tun Mamat berasa pelik, kerana mereka baru sahaja mendaki, dah nak kena turun pula. Tun Tuah banyak berdiam diri, mungkin sedang nak fikir apa nak bagi tau Sultan.

Dipendekkan cerita, mereka semua selamat sampai di Melaka. Tun Tuah mengadap sultan dan memberitahu mengenai perjumpaannya dengan Puteri Gunung Ledang. Tun Tuah tidak memberitahu Sultan yang dia sebetulnya tidak berjumpa Puteri pun. Dan di situ lah Tun Tuah memberitahu Sultan mengenai syarat-syarat hebat dari Puteri itu. Tun Tuah tahu yang Puteri tidak menginginkan Sultan, sebab tu lah Tun Tuah bagi syarat-syarat tu semua supaya Sultan tak boleh mendapatkan Puteri Gunung Ledang. Nak pulak syarat terkahir tu... semangkok darah anakandanya Tun Ahmad... Di situlah Sultan Mahmud terdiam. Dan terdiam jugalah impiannya hendak mengisterikan Puteri Gunung Ledang.

Ada juga kita dengar yang Puteri Gunung Ledang adalah Puteri di Tanah Jawa seperti filem dibintangi Tiara dan M.Nasir tu. Puteri adalah kasih Tun Tuah dan tiada siapa yang boleh menghalangnya. Tu pasal la waima Sultan Melaka pun tak akan dapat Puteri Gunung Ledang.

Teori ni adalah telahan aku saja selepas baca beberapa buku sejarah. Apa pun, kita harus hormat pada sejarah dan jangan senang-senang nak menolak sejarah walaupun terdapat unsur mitos atau lagenda di dalamnya.

Tuesday, May 11, 2010

Konsep Penyapu Lidi


Dah banyak kali kita dengar unggapan ini. Sebatang lidi memang tak boleh nak dibuat apa-apa. Nak disebat pun tak sakit, nak menyapu pun tak ke mana, nak dipatahkan... mudah sekali. Tapi cuba kalau dihimpun lidi-lidi itu menjadi satu batang penyapu. Nak dibalun, dah tentu terasa sakit. Nak diguna buat menyapu, pun senang. Nak dipatahkan... hehehe.... fikir sendiri la.

Konsep penyapu ni kita boleh apply pada semua keadaan. Hal keluarga, parti politik, tempat kerja... semua boleh masuk. Contohnya macam crita Aliff Firdaus kat TV3 tu (dan banyak lagi crita melayu yang sama genre). Crita tu menunjukkan bagaiamana adik-beradik yang ramai juga tak sehaluan. Bagaimana anak seorang imam tidak dapat bersatu dan asik bertelagah. Bagi aku, dalam konteks realiti, kalau satu keluarga tu ada 10 adik beradik, dan kalau konsep penyapu ni dorang pakai, nescaya aman bahagia keluarga tu. Satu kepala mungkin tak cukup power. Dan gabungan semuanya, sure family tu dapat selesaikan apa jua masalah.

Satu lagi contoh ialah pada parti politik. Kalau semua jentera parti bersatu padu dan menyokong siapa jua calon yang dipertandingkan, nescaya mereka akan dapat kemenangan besar. Ini tidak! Dalam satu parti pun boleh ada 2-3 puak.

Jangan jadi macam bangsa Arab; mereka ada banyak puak sehinggakan boleh berlaku pergaduhan. Ingat lagi peristiwa nak meletakkan Hajarul Aswad waktu zaman Nabi dahulu? Sehinggakan Baginda yang terpaksa menjadi orang tengah menyelesaikan perbalahan mereka. Dan lihat lah sekarang... ada dengar tak bangsa Arab menolong Palestin sekarang? Walhal Palestin itu juga sebangsa dengan mereka.

Ceritakan lah konsep penyapu lidi ni pada anak-anak kita. Semoga mereka berpegang teguh pada ikatan perpaduan, ikatan kekeluargaan. Tapi bukannya nak bantai anak-anak kita dengan batang penyapu pulak ye...

Monday, May 3, 2010

Air Tangan


Ada pepatah mengatakan, 'siapa diri kita adalah apa yang kita makan'. Saya percaya dengan pepatah ini. Seharusnya barang yang kita makan, menjadi darah daging kita akan menentukan corak hidup kita. Jika makanan itu dari sumber yang baik-baik, maka baik lah hidup kita.

Kita pernah dengar kes-kes di mana anak-anak (atau sang suami) mudah merasa kasihan dan lebih mesra dengan pembantu rumah atau bibik. Dalam dunia yang semakin moden dan membangun, ada juga isteri-isteri yang langsung tiada masa untuk memasak. Hal-hal rumah adakalanya 100% diserahkan kepada si bibik. Dari memasak, mengemas rumah, lipat kain dan menjaga keperluan anak, semua diuruskan oleh si bibik. Dek kerana alasan 'tiada masa' dan busy, maka si bibik menjadi 'suri di dalam rumah'. Dan di sinilah air tangan bibik ini mengalir ke anak-anak dan juga suami di rumah.

Tetapi bukan semuanya begitu. Ada juga kita dengar si bibik ini tidak akan disuruh memasak. Bagaimana penat sekalipun, si isteri akan tetap memasakkan makanan untuk anak-anak dan suaminya.

Jadi terpulanglah pada diri sendiri... Adakah kita sanggup melihat anak-anak kita lebih kepada bibiknya dari kita sendiri? Ingatlah, rezeki dari sumber makanan itu mempunyai 1001 manfaat kepada kehidupan kita. Jika kita menjaga makanan kita, nescaya ALLAH juga akan menjaga hidup kita.

Wednesday, April 21, 2010

Hanya Dengan Debu...





Pada 17 April yang lalu, telah terjadinya bukti keagungan Allah S.W.T. di negara Iceland apabila Gunung Berapi Eyjafjallajokull meletus dan menghamburkan debu-debu tebal ke udara. Debu-debu ini mencetuskan fenomena di seluruh dunia apabila kebanyakan perkhidmatan udara ditangguhkan berikutan risiko yang tinggi ketika itu. Dan sehingga laman ini ditulis, masih ada lagi yang terperangkap di merata negara seperti di London, Scotland, Amsterdam dan di Paris.

Bermula hanya dengan debu... betapa kebesaran Allah S.W.T. itu tidak dapat dipertikaikan lagi. Debu telah melumpuhkan pergerakan manusia, ekonomi terjejas dan pastinya kesihatan manusia juga berada di tahap bahaya. Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menerima tamparannya apabila mereka yang berada di luar negara tidak dapat pulang kerana banyak penerbangan ditangguhkan.

Dan lihat pula gambar-gambar di atasa. Wujud pula kengerian dan misteri baru apabila wujudnya medan elektrik di kawasan valcano itu apabila jurugambar dapat mengambil gambar seakan kilat menyambar di kawah gunung berapai. Apa bendanya ni?

Bagi kita yang beragama Islam, kita renungkan lah kisah debu ini... dan kisah bagaimana saban munggu kita dikejutkan dengan berita gempa bumi di merata dunia. Ya Allah... sudah dekat pengakhir zaman nampaknya. Bumi sudah tidak stabil, lahar dimuntahkan, penduduk bumi juga dipeluk kerisauan cuaca yang tak menentu, pergerakan bumi... semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T.

Persoalannya: Adakah mata kita atau mata anak kita yang akan melihat kehancuran alam semesta ini?

Tuesday, April 20, 2010

Mana Yang Lebih Diutamakan?


Antara mentaliti pengguna yang tip top dan infrastruktur yang bagus, yang mana satu yang perlu menjadi keutamaan?

Adalah menjadi tanggungjawab untuk menyediakan infra yang bagus seperti perhentian bas berbumbung, pondok telefon mesra pelanggan dan tandas yang bersih. Tapi bagaimana pula dengan mentaliti si pengguna? Bukan kah mereka juga ada tanggungjawab untuk menjadikan infra tu semakin elok dan kekal elok?

Aku nak ambil contoh tandas di tempat kerja. Kalau ikut budaya Jepun, tandas melambangkan kawasan kerja kita; kalau cantik tandas, maka cantiklah kawasan kerja. Tapi ada tandas-tandas di tempat kerja yang tidak melambangkan produk yang mereka hasilkan, tidak melambangkan gahnya nama syarikat itu di peringat global. Jadi siapa yang harus dipertanggungjawabkan dan harus dipersalahkan kiranya tandas itu kotor?

Pihak maintenance selalu cakap, mereka dah buat sedaya mampu untuk perbetulkan tandas yang rosak, tetapi wal hasil balik asal. Pihak pekerja pula, mengadu tandas yang tidak mempunyai kemudahan yang sempura menjadikan mereka memandang enteng tentang kebersihan tandas itu. Hmmm... sorang cakap itu, sorang cakap ini!

Yang susahya pengguna lain...

Monday, April 19, 2010

Transformasi Minda


Ini adalah buku motivasi aku yang pertama secara officialnya. Aku galak mencari buku-buku motivasi ni adalah untuk menyiapkan diri untuk terjun ke bidang latihan; nak jadi trainer.

Kenapa anda masih belum mencapai matlamat adalah kerana apa yang masih anda fikirkan ketika ini. Untuk menjadi manusia yang anda idamkan, untuk mendapat kesihatan yang baik, untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kerjaya yang baik... anda hanya perlu mengubah apa yang anda percaya tentang cara bagaimana nak mencapai impian itu.

Huhu... susah ke nak faham? Memang begini le caranya. Pendek kata, nak ubah pemikiran bukannya senang. Apatah lagi kita dah terbiasa dengan apa yang kita dah biasa buat. Tapi walau apa pun, kita kena berani berubah. Berani untuk lebih berjaya dan menganggap segala kegagalan dan kesusahan kita ini adalah guru yang paling berjasa sekali. Sebenarnya, kalau kita gagal, kita jangan la segan silu kepada orang lain. Sebabnya, dengan cara itu, kita akan membina tembok besar untuk menyekat diri kita untuk terus berusaha. Just malu lah pada diri sendiri... dan berdoalah agar Allah menguatkan diri kita meningkatkan diri.

Tuesday, April 13, 2010

The Hidden You!

Setiap manusia mesti ada kelebihan diri yang tersembunyi, belum dikesan dan belum digilap. Potensi diri yang positif ini adalah satu jambatan untuk menghasilkan kejayaan diri kita. Tapi sebagai manusia biasa, kita sukar untuk mencari kelebihan yang kita ada ni. Kita sukar nak cari kekuatan yang kita ada dan juga sukar untuk mengetengahkannya untuk membawa diri kita menjadi orang yang berjaya.

Aku percaya aku juga ada potensi dan kehebatan diri yang tersembunyi. Dan dalam menjalani hidup ini, aku berusaha untuk mencarinya supaya dapat aku gunakan untuk mencapai matlamat atau GOALS yang aku inginkan. Ramai motivator cakap, kita boleh menilai potensi diri ni melalui aura yang kita ada, tarikh lahir dan perwatakan kita. Cuma... macam mana nak jumpa secara luaran? Korang tau tak cerita Incredible Hulk adalah bersumberkan kisah benar mengenai seorang wanita yang menjadi gagah untuk mengangkat sebuah kereta tatkala anaknya tersepit di kereta tu? Ye betul!!! Itulah kelebihan diri dan kehebatan wanita ini yang berjaya dicarinya dan dimanfaatkan. Tapi... tak kan la nak tunggu musibah, baru kita jumpa potensi diri?

Aku rasa aku sedang dalam dilema hidup. Aku sedang mencari kenikmatan dalam hal bekerja... kerana aku rasakan kerja yang aku buat sekarang tidak mendatangkan keseronokan. Bagi aku keseronokan bekerja adalah bila kita suka buat kerja kita dan mendapat feedback yang bagus dari orang sekeliling. Kerja yang susah dan dapat diselesaikan dengan jayanya juga akan mendatangkan keseronokan. Tapi cabaran yang aku dapat terlalu sikit, terlalu basic. Ada kawan aku cakap, ini adalah rezeki aku - kerja yang tak susah sangat dan dapat gaji yang... ok la. Tapi aku perlukan 'sesuatu' untuk merasai nikmat bekerja. Aku tak nak pergi pagi balik petang tanpa melakukan yang terbaik untuk diri dan family aku.

So adakah nikmat bekerja itu juga adalah sebahagian dari 'the hidden of me'? Aku perlu lebih berusaha untuk mencari potensi diri. Dan aku perlu berani untuk keluar dari kotak untuk mencari potensi diri. Seorang lagi sahabat berkata, tak payah nak fikir2 sangat... go on and take the risk. Yeah... sebab kita tak akan tahu kita berjaya atau tidak kiranya kita tak ambil risiko itu.

Kepada familyku, aku hanya berharap doakan semoga aku berjaya nanti. Mereka tahu, kejayaan aku adalah untuk dikongsi bersama dan aku sentiasa mendahulukan mereka dalam banyak hal. Insya Allah... rezeki Allah itu ada.

Wednesday, April 7, 2010

Keluar Dari Zon Selesa

Dah banyak kali aku dengar, 'beranikan lah diri anda untuk keluar dari your comfort zone'... Aku pun dah banyak kali termenung dan berfikir, mungkin ada benarnya aku keluar dari 'zon selesa' yang aku sendiri ciptakan ini. Apa pulak zon selesa ni. Hmmm... aku rasa, zon yang dimaksudkan tu ialah tentang kerjaya yang aku ada sekarang. Dulu aku pernah terjun ke bidang yang agak jangkal bagi aku iaitu Safety and Health, dan aku berjaya. Berjaya dari segi ilmu dan masa depan yang aku nampak dalam bidang ini. Dan sekarang, aku perlu berusaha lagi untuk menstabilkan diri.

Tapi ada juga pepatih, 'jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Tapi rasanya aku bukannya nak kejar itu ini. Aku cuma mencari jalan untuk menjayakan diri dan memberikan kesenangan buat family. Lagipun, perkara yang aku nak buat ni, bersangkut paut dengan kerjaya aku sekarang dan sesuatu yang memang aku minat... nak jadi Trainer! Ya..., aku memang berminat nak jadi tenaga pengajar ni dari dulu lagi. Aku minat berdiri kat depan peserta dan memberikan ceramah-ceramah mengenai tajuk yang diberikan. Setakat ni, aku berkesempatan untuk memberikan latihan mengenai keselematan di tempat kerja ajer. Aku nak lebih dari itu... aku nak bagi latihan dan ceramah untuk semua pekerja dan bukannya pekerja baru sahaja.

Dan aku pun rasanya berminat dengan hal2 teambuilding, kem motivasi dan sebagainya. Dulu waktu kat tempat kerja lama, rasanya banyak gak program yang aku aturkan untuk hal-hal macam ni. Dan aku tertarik melihat trainer-trainer yang nampak bersemangat dan terus memberikan semangat kepada paserta.

So inilah dilema aku sekarang... nak keluar dari zon selamat. Apakah pula bentuk pengorbanan yang aku perlu lakukan nanti? Terus terang aku katakan, I am a family man. Maksudnya, aku lebih senang kalau sehari-harian tu, anak isteri aku ada kat depan mata. Sebab tu aku pernah tolak tawaran kerja untuk jadi safety officer kat construction site hanya kerana aku terpaksa berjauhan dengan my family. So kalau aku nak jadi trainer ni, aku harap aku tak le berjauhan dengan family. Tapi tu lah... kita hanya merancang...

Tuesday, March 16, 2010

Halal Tak Halal...

Elak ke kopitiam tanpa sijil halal Jakim

KUALA LUMPUR 14 Mac – Umat Islam diminta menggunakan kuasa pengguna dengan mengelakkan diri daripada mengunjungi kedai kopi atau kopitiam yang tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana statusnya meragukan.


Aku tak berapa nak setuju statement ni. Memang menjadi tugas kita sebagai orang Islam untuk mencari yang halal. Tapi kita juga mempunyai batasan untuk melakukan tugas itu. Aku just ambil contoh kedai2 makan la... Bila kita nampak ada logo halal, kita akan rasa selamat untuk makan kat situ. Tapi kita tak le pulak nak selidik logo tu genuine atau tak..., nak masuk dapur diorang nak tengok penyediaan makanan tu ok atau tak... Semua tu adalah batas-batas kita sebagai penguna.

Jadi siapa yang perlu dipertanggungjawabkan? Seharusnya ini terletak di bahu pihak berwajib yang perlu turun padang untuk selidik hal2 penggunaan logo halal yang 'haram' ni. Syabas juga kepada Jakim yang dah start actively turun padang sekarang. Tapi jangan le pulak tanggungjawab itu dilepaskan dan menjadi hak consumer untuk memilih pulak. Hak dan tanggungjawab perlu berjalan seiringan. Hak pengguna untuk memilih dan tanggungjawab pihak berkuasa untuk memantau.

Setakat ni, kalau ikut list dalam web Jakim, cuma ada 2 kopitiam yang mendapat kelulusan halal. Maknanya, Bangi Kopitiam yang diusahakan oleh orang Muslim (Kid Search sebagai salah seorang ownernya) bukanlah tempat makan yang halal? Ini adalah isu teknikal sebenarnya. Bagi sesiapa yang nak bukak kedai makan, mereka kena dapatkan application dari Majlis Perbandarang untuk berniaga kat situ dulu. Tapi kat application tu, tak pulak disertakan dengan application untuk mendapatkan sijil halal. Means that, mereka kena berjumpa pulak dengan Jakim untuk membuat permohonan. Masalah timbul di sini bila pengusaha kedai makanan tak nak pergi ke Jakim, walhal takde yang haram dalam kedai makan mereka.

So aku sarankan supaya undang2 diperluaskan berhubung application untuk kedai makan ni. Buat serentak... supaya application halal tu dikeluarkan sama dengan application awal. Ini la hak kita sebagai pengguna... meminta supaya sesuatu itu dikuatkuasakan secara munasabah. Kalau Jakim tak cukup kakitangan nak buat spot-check, tak pe... saya pun boleh rela hati tolong diorang.

Cuma pandangan...

Tuesday, March 9, 2010

Facebook...

Bagi aku, Facebook (FB) or Twitter or anything yang seangkatan dengannya adalah satu medium untuk kita meluahkan hampir apa saja pasal diri kita, memberi komen kepada rakan dan untuk suka-suka. Penggunaanya pula dah tak terkawal... ada yang guna time weekend aje, ada yang guna time malam ajer dan ada juga yang guna time waktu kerja. Setengah orang lak, akan mengatakan adalah tidak molek kalau kita berFB time waktu kerja...

Hmm... mungkin betul. Waktu kerja sepatutnya diisikan dengan hal-hal berkaitan kerja. Sebab tu kita dibayar gaji supaya kit buat kerja yang ada. So kalau kita buat selain dari kerja, maka dikatakan tak berkat la gaji itu. Mungkin berdesing jugak la dengar perkataan 'tak berkat' tu. Sebabnya, ia terlalu luas untuk diperkatakan. Ada antara kita gunakan FB ni untuk mencari kawan lama, untuk berborak dan ada juga untuk tujuan perniagaannya. Dan ada juga bukak FB ni semata-mata nak main game kat dalam tu...

Ada jugak yang tak boleh dengar orang lain bagi komen. Maksud aku, dia nak komen yang hanya menepati seleranya sajer. Kalau dia ras akomen orang tu cam 'mengalahkan' dirinya, so dia boleh ambil tindakan 'membuang' sahabatnya tadi dari senarai rakan. Huhuhu... smapai cam tu sekali yer? Aku rasa, kalau dah sampai tahap cam tu, tahap nak semua orang ikut cakap dia..., lebih baik bagi tau awal2 tentang apa yang boleh dan tak boleh untuk dikomenkan. So that orang leh tau apa nak bagitau...

So ini la dunia FB..., dunia yang leh kucar-kacirkan hidup kita jugak. Kalau rasa tak geti nak berFB, so better don't start. Kalau rasa tak suka bergaul, jangan la bukak FB ni. Kalau tak suka dengar komen orang lain, jangan la join FB ni. Pendek kata, kalau rasa diri tu dah perfect, carik la kawasan lain untuk berdiri. FB ni sesungguhnya hanya untuk bersuka-suka semata-mata.

Thursday, February 25, 2010

Berniaga a.k.a Jual Barang...

Seingat aku... dari umur aku 5 tahun, aku dah 'berkecimpung' dalam dunia perniagaan. Bukan meniaga apa pun, mak aku jual aiskrim, kacang-kacang dan kerepek kat rumah jer. Tapi dari situ la aku belajar jual barang, berniaga dan tau untung rugi tu cam mana. Dan kini, aku mula 'berniaga' semula. Last week, aku upgrade basikal Mountain Bike aku. Aku tukar fork dan crank. So dua-dua barang lama tu, ada kat dalam kereta aku sekarang. Tadi aku masukkan barang-barang tu kat dalam BicycleBuySell.com. Tak sampai 5 minit, dah ada 3 orang buyer yang nak beli barang tu....

Memang seronok rasanya walaupun bukan la meniaga apa pun. Tapi jauh di sudut hatiku ini... aku memang suka berniaga. Mungkin satu hari nanti, aku boleh menjadi usahawan jugak. Bukan berniaga barang, tapi berniaga idea! Hehehe... aku nak jadi trainor.

Thursday, February 11, 2010

Diriku Safety and Health Officer



Pada 9hb Feb 2010, sah lah aku sebagai pemegang Kad Perakuan Pendaftaran Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ni. Kena pegi training selama 22 hari, exam dan kini... aku berbangga mendapat kad yang dipanggil Green Book ni. Bukan untuk bermegah, tapi tugas aku semakin mencabar. Banyak report kena buat, banyak isu kena aku tanggani. Tapi semuanya kena buat dengan 'bijak dan pandai'.

JKKP / IS127 / 438 / 02 / 5059

Wednesday, January 13, 2010

Tak Setaraf...

Aku selalu berdepan dengan situasi yang memerlukan aku menilai semula ke'intelektualan' seseorang itu. Mungkin dia berpangkat besar, berkedudukan dan mempunyai susunan sijil-sijil akademik yang banyak. Lantas beliau diangkat menjadi 'somebody' tak kira la dalam syarikat atau persatuan. Tapi acapkali peranan beliau sebagai 'orang besar' ini, tidak setaraf dengan pemikiran cetek yang masih berlumut dalam dirinya...

Sepatutnya kita sedar di mana tegaknya kita berdiri; berdepan dengan medium yang sebagaimana dan bila masa yang sesuai untuk melontarkan pandangan. Aku ambil satu kes di mana 'sorang ni' begitu galak nak bercakap bahasa Inggeris tak kira dengan siapa sekali pun. Bukan bahasa rojak, tapi pure Inggeris (kononnya...). Dalam mesyuarat, borak kosong, jumpa kawan-kawan... semuanya nak guna bahasa Inggeris. Bagi aku, bukan tak boleh pun nak cakap bahasa Inggeris ni. Tapi biar la bertempat dan kena gayanya. Kalau dah medium tu semuanya orang Melayu dan bukannya nak discuss hal-hal urusan kerja (kalau tak pun), rasanya tak payah la nak 100% guna bahasa Inggeris.

Satu lagi bila isu keselamatan syarikat dipandang enteng. Ini bukan kes baru, tapi isu lapok di setiap syarikat. Kata mereka, urusan keselamatan adalah urusan Pegawai Keselematan. Aik! Bukan urusan keselamatan ni, urusan bersama ke? Safety Officer bukannya nak jaga diri kamu, kamu le yang jaga diri sendiri!!! Hehehe... aku bukannya nak mengeluh, tapi kalau berterusan sikap macam ni, alamatnya syarikat tu memang akan meletakkan isu keselamatan di tempat terbawah la...

Budaya pengurusan sebegini dah semakin menular. Kita ambil satu perkara dan tolak satu perkara. Kalau rasa isu tu membabitkan wang dan cost yang tinggi, tolak tepi dulu! Tapi kalau perkara tu membawa keuntungan, walau mengunakan cara HARAM, itu akan diutamakan.