Friday, December 6, 2013

Belajar Kaunseling

Pada bulan Semptember 2013 yang lalu, aku kembali menjadi pelajar. Tapi bukan lah sepenuh masa. Aku bekerja sambil belajar di Open University Malaysia. Aku ambil bidang kaunseling - Master In Counseling. Kenapa ambil bidang ni? Sebab aku minat. Sebab aku cenderung untuk memberikan khidmat kerja kepada pekerja dan ingin memahami pekerja. Maksudnya aku ni people oriented la. Jadi dengan adanya ilmu dalam bidang kaunseling, aku nak pastikan aku boleh berikan dorongan, bantuan dan nasihat yang berguna bukan sahaja kepada orang ramai, tetapi untuk diri aku sendiri. Siapa yang dorong aku sambung balajar ni? My biggest support is my family... my wife, my mummy, my daddy and my kids. Matlamat aku ialah... dapat genggam scrol Master lagi 2 tahun. Lepas tu nak sumbang ilmu kepada umat Islam dan kepada para pekerja; tak kira lah aku kerja kat mana nanti. Tapi orang cakap, subjek2 yang aku akan belajar nanti, banyak menjurus kepada aliran Barat. Boleh ke aku terima? Insya Allah... itu sebahagian dari ilmu yang aku perlu grab dulu. Orang Jawa cakap, 'alun-alun' nak timba ilmu ni. So maybe nanti aku akan bukak blog khas tentang counseling and psychology. Bukan pandai sangat pun, tapi buat kongsi ilmu dengan semua apa salahnya ye tak?