Wednesday, January 11, 2017

FAMILY DAY MD. KASAN 3.0

Tanggal 7hb Jan 2017, saya dan family bergerak dari Bukit Sentosa pada jam 8.10pagi. Hati berbunga riang gumbira sebab hari ni sampai esok, kami akan bersama-sama dengan sanak saudara mengadakan family day 3.0 bertempat di Institut Latihan FAMA, Port Dickson.

Keluarga dari Dengkil, akan direct terus ke destinasi. Kami berempat ikut highway... so singgah kejap di R&R Seremban untuk breakfast. Jam pun masih awal... tapi lepas breakfast, kami teruskan juga perjalanan yang mengambil masa selama sejam 10 minit lagi untuk sampai.

Kami tiba di destinasi lebih kurang jam 11 pagi. Belum ada yang lain tiba... so kami ambil peluang ni untuk ronda-ronda kawasan sekitar terutamanya kawasan tepi pantai. Selfie... wefie le keroje nya...

Dalam pukul 12.30, satu persatu saudara mara ku sampai. Wahh... dengan t-shirt sedondon kaler purple, nampak havor giler der! Turun je dari kenderaan, semua dah tau apa nak buat. Ada yang bentang alas untuk makan tengah hari kejap lagi, ada yang pasang PA system, ada yang susun-susun makanan... tak kurang juga yang dah usha swimming pool dan pantai. Hmm... kejap lagi bedebusshhhh le tew...
Acara makan-makan...


Sebelum kami check-in bilik, acara sukan telah dijalankan. Meriah nya tak usah dikabor! Acara untuk anak-anak, acara untuk pasangan suami isteri, acara untuk seisi keluarga... semuanya dijalankan dengan jayanya. Saya dan wife menang acara makan epal. Dengan taktik 'makan epal sambil baring', kami bukan saja menang tempat pertama, tapi aku dapat makan epal tu sampai habis. Ulala...

Di sebelah malamnya, cam biasa kami adakan acara karaoke. Start dari pukul 9 malam sampai le 12 tgh malam. Maaf le kepada penginap-penginap selain dari keluarga kami time tu... terpaksa le dengau kami 'mensumbang' lagu sampai le larut malam. But it was fun! Ianya dengan niat berhibur. Saya dan wife pun ambil bahagian... kami berduet lagu Memori Berkasih. Menang ke? Tak lah... kami sekadar 'melaut' kan lagu tu ajer. Hihihi...

Esoknya, selepas solat Subuh, kami adakan siri tazkirah yang disampaikan oleh adinda Cr. Zaim. Topiknya mengenai kebahagiaan. Berada dalam salah satu taman syurga macam ni... Masya Allah... bukan selalu boleh dapat ye tak? Nak pulak bila dok sekali dengan ahli keluarga. Cantek sangat tu.

Lepas solat, kami turun untuk bersarapan. Laa... yang budak-budaknya, bukan nak carik makan dulu, dorang carik pool dulu. Bedebushhh lagi dari pukul 8 sampai le pukul 12 tengah hari. Hmm... jangan esok ado yang MC... ado yang demam, udah le ye. Tapi as I said... it was all about having fun. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai begini. Oh ya... saya pun dijemput untuk bagi tazkirah sikit. Patutnya topik tu ditujukan kepada anak-anak, tapi audience ramai yang induk-induk pulak. Tak pe lah... janji ada perkongsian.

Cut the story short, dalam pukul 1 petang, kami bergerak pulang ke destinasi masing-masing. It was a lovely moment dan saya berdoa agar keluarga besor kita ini akan terus dapat buat program dan aktiviti cenggini pada masa-masa yang akan datang. Kita tambah pengisian cam qiamullail ke... solat dhuha ke... mesti boleh punya lah!


Friday, October 28, 2016

Menanti Hujung Minggu

Hari ini, tanggal 28hb Oktober 2016... ada lagi 3 hari sahaja lagi untuk aku hadiri majlis konvokesyen OUM ke 19 di mana aku akan naik ke atas pentas untuk menerima skrol sarjana kaunseling aku tu. Hati siapa yang tak girang menunggu saat-saat ini. Nak pulak, pada hari tersebut, ibu bapa ku, isteri dan anak-anak ku juga akan turut hadir. Ya Allah... aku bersyukur ke atas nikmat yang Kau berikan kepada ku dan keluargaku ini.

Aku rasa convo kali ini special sikit. Sebabnya, aku naik atas pentas tu nanti dengan status yang aku juga masih lagi sebagai pelajar OUM. Ye la, aku kan salah seorang dari PhD candidate OUM sekarang ni.

Actually aku pun tak tau nak tulis apa sangat. Dengan adanya scrol sarjana ni nanti, aku akan hantar satu salinan ke Lembaga Kaunselor Malaysia bagi membolehkan aku mendapat sijil Kaunselor Berdaftar pula. So ini adalah permulaan untuk kehidupan aku yang baru sebagai seorang kaunselor nanti.

Kita tunggu entry akan datang ye...

Tuesday, October 18, 2016

BUKU KE-3 BILA NAK SIAP?

Dah ramai yang tanya soalan ni. Aku pun sebenornya tanya pada diri aku soalan yang sama. Menulis sudah, tapi belum katam lagi. Idea tu kadang-kadang ada, kadang-kadang melimpah... tapi banyak kadang langsung tak keluar. Writer's block gitu.

So lepas ni aku nak buat kelainan sikit. Aku nak kumpul beberapa entry dalam blog aku ni dan blog aku yang satu lagi (http://hazrulcounselor.blogspot.com) untuk dimasukkan sebagai bab-bab di dalam buku terbaru aku. Aku pun belum bincang sangat dengan para editor dari penerbit-penerbit buku ni. Ye la... its up to them jugak la kan.

Aku pun tengah sibuk dok pulun buat thesis proposal. Jadinya banyak masa terluang ke situ. Aku tanamkan azam untuk GOT (Grad On Time) atau pun grad satu semester lebih awal. So kalau nak macam ni, usaha kena lebih, jiwa kena kental, doa kena banyak. Alhamdulillah setakat ni (baru masuk 2 bulan kot...), aku dah nampak apa yang aku nak kaji. Dan supervisor (Prof kat university) aku pun dah 'okay' dengan apa yang aku nak buat.

Maka dengan itu... moh le kita sama-sama tunggu buku ketiga saya yang bakal menyusul tidak lama lagi. Jangan biar ada lengah dalam menulis ya!

Friday, October 14, 2016

Cakap Benda Baik Pun Salah Ke?

"Ala... jangan nak jadi alim sangat la. Bukan aku tak kenal ko?"

"Pehal ko poyo sangat ni? Relak arrr..."

"Tak payah nak tunjuk pandai ko kat sini!"

Pernah tak anda dengar ayat-ayat scramble kat atas ni? Best ke kalau dengar ayat-ayat cam ni ditujukan kat korang? Aku pernah dapat ayat-ayat cam ni. Banyak kali jugak la. Bila first time dengar secara live, memang hati jiwa nurani ini meruntun hiba (amboi!). Ibarat direnang tiada perahu... ditolak tiada tambatan.

Tapi itu adalah perasaan bila kita dilamun gundah gulana. Itu adalah rasa sakit yang terbit dari dalam diri yang dah tentunya satu perkara yang negatif. Standard la tu... kan? Tapi percayalah... perasaan yang tak best ini boleh kita tukar menjadi perasan yang best-best ajer. Apa pulak mustahilnya? Bukan ke kita yang control our own self? So siapa lagi yang nak mengubahnya kalau bukan diri kita sendiri?

"Tapi dorang cakap camtu... tak seronok la..."

La... buat apa nak heboh sangat apa yang orang cakap? Rasa seronok tak? Tak kan? So carry on with what you think its right to do. Pastikan benda yang kita buat atau cakap kan tu adalah perkara yang baik dan benar. So tak ada masalah punya lah!

Kita kena faham, manusia ni ada pelbagai ragam dan pelbagai perspektif pemikiran. Kita tak boleh perbetulkan apa yang mereka fikirkan sebab... they control their own thoughts. So bila kita buat perkara baik, kita cakap perkara baik, itu sudah cukup bagus. Kita berdoa ajer lepas tu semoga apa yang kita buat dan cakapkan tu akan berjaya memberikan impak yang positif kepada sesiapa jua yang mendengar.

Ingat! Kita bukan nak ajak orang follow kita. So kalau mereka nak berada di belakang kita, let it be bro! Motivate yourself.

Friday, February 12, 2016

SATU PERJALANAN BARU...

Aku nak buat PhD!

Ini bukan cerita baru, taapi aku dah tanamkan niat ni sejak aku di tahun kedua pengajian Master aku dulu. Aku pun dah suarakan hajat ni kat family aku. My wife sangat... sangat supportive. My parents, well... they just 'go and do it' type of parents. Alhamdulillah... Sampaikan kat anak-anak aku yang berumur 9 dan 6 tahun tu pun aku bagi tau... "Papa nak sambung belajar ni... doakan untuk Papa ye."

Maka dalam bulan January yang lepas, aku sekali lagi mulakan pelayaran indah mendalami ilmu. My Master final mark belum keluar lagi. Tapi... apo nak tunggu-tunggu lagi ye tak? Buek yo dulu... Tongah ado semangat, ado idea, ado rezeki dari Allah S.W.T ni, kita teruskan saja perancangan awal kita ni. In syaa Allah... yakin dengan bantuan dariNya.

Setakat hari ni, belum la banyak sangat saya menulis pun... baru cecah 980 words in 3 days. Baru takat buat tesis proposal gitu. Saya banyak dok cari dan baca articles and journals. Terus terang saya cakap, walaupun belum officially bermula, getarnya sudah terasa. Memang benarlah apa yang Dr. Othman Talib (Dr. OT) bagitau... penyelidikan dan tesis PhD ni tidak mudah, so mengapa nak buat cara yang susah?

Ni pun saya nak bagi tips ringkas tentang penyediaan menjadi student PhD. Saya pun petik dari nukilan Dr. Muhamad Syahrul Fitri Zawawi... dia tulis tesis dalam masa 3 bulan! Subhanallah... Macam yang dia kata la... "PhD is not about intelligence, but how much your family and friends supporting you in your undertakings". Jom kita baca tips2 menarik ni... Mana yang kita nak tambah, kita tambah lah ye.

1. Improve your English - kepada yang tulis tesis dalam Bahasa Malaysia, tak jadi masalah. Cuma yang tulis dalam English, well... at least you need to be a bit fluent la. Saya punya English pun ala kadar jer. But you need to read and know the language used in your own field. Ayat medic tak akan sama ngan ayat malay literature. So bila dok baca articles yang berpuluh-puluh tu, take note tentang penggunaan bahasa.

2. Pengurusan Masa - ini tentang perancangan anda... masa, kerjaya (bagi yang buat part time macam saya), family matters, format penulisan, bila time nak jumpa SV (supervisor) dan sebagainya.

3. Hubungan dengan SV - bukan tugas SV untuk suap anda, bukan tugas SV untuk pimpin anda sepanjang perjalanan. Tapi tugas SV adalah membimbing anda melalui perjalanan yang betul (ada beza tau pimpin dan bimbing). SV ni manusia... homosapien. So berdamping lah dengan SV anda dengan cara kemanusiaan. Apa salahnya sesekali tanya khabar dia, join gi lunch sesama (kalau SV ajak lagi bagus, jangan cakap tak payah), beli hadiah jika anda gi melancong ke mana-mana...

4. Microsoft words, Dropbox, Document Map - nak buat tesis, ni antara application yang anda kena mahir. Tu belum lagi time nak buat statistic (saya cadang nak guna SPSS). Kalau rasa diri ni tak mahir (cam saya), pergi la mana-mana kursus untuk belajar cara guna aplikasi ni. Bukan mahal sangat pun... ada tu cuma RM98.00 je untuk sehari belajar cara guna Document Map. Kalau kita masih level novis dalam aplikasi ni, bukan maknanya tak boleh buat tesis, tapi merangkak rangkak la nak menulisnya nanti. "Orang ko bulan... ekau ko mano..."

5. Agreeable early draft - baca article, tulis points.. tulis notes. Jangan baca sambil lalu jer. Ada yang bagi cadangan, methodology anda result finding tu anda kena buat dulu (ni yang dah buat full tesis la). Manakala conclusion dan abstract tu kemudian pun tak pe. Siap je satu bab, hantar kat SV untuk dia baca. Jangan hantar sekali harung setebal-tebal tesis anda tu. Kang kalau ada correction, jenuh pulak nak buat. Saya pun dah start hantar Chapter 1 kat 'SV-to-be' saya; just nak bagi dia tengok2 dulu.

6. Tulis... tulis... tulis... - kalau tak de idea pun, teruskan menulis even satu para saja. Mungkin apa yang anda tulis tu, just a simple notes. Tapi percaya lah... once you dah ada idea nanti, that simple notes akan 'beranak pinak'... akan jadi not a simple note anymore. So tulis kan ajer...


7. Proaktif dan Responsif - Kalau tak tahu, tanya le soalan. Jangan diam seribu bahasa, kelak nanti sendiri yang rugi. Tapi make sure anda well prepared la sebelum nak tanya soalan tu. Ingat! SV bukan nak spoon feed kita. Satu lagi, kalau SV bagi email, bg SMS or whatsapp tu, ce[at2 le reply. Jangan kasi itu info sudah lemau baru nak reply; konon2 busy... banyak kerja... urusan peribadi belum selesai. Ingat! When your SV inform you on something, it is surely an important info. So act on it quickly. Bak kata Dr. Muhamad Syahrul tu, "make your SV impressed with your determination".

8. NAWAITU - bagi saya, ini yang paling penting. Setiap seorang dari kita tentu ada alasan masing-masing kenapa kita pursue buat PhD ni. Ada alasan nak gaji besau, nak jadi somebody (sebelum ni jadi nobody kot), nak tunjuk kat bekas awek yang kita boleh berjaya, nak sahut cabaran dari rakan2 yang dah bergelar Doctor PhD... So pasang niat betul-betul. Cari keredhaan Allah S.W.T. dalam kita menimba ilmu ni. Jaga hubungan dengan Yang Maha Esa. Solat tu yang penting... sebab time tu le kita nak minta supaya perjalanan ilmiah kita tu diberkati dan permudahkan.

So selamat berjaya kepada semua calon PhD termasuk lah diri saya sendiri. Its a memorable journey for sure.





Thursday, October 2, 2014

Dengki La Pulak...

Aku tak suka bila orang cakap bangsa aku ni masih di takuk lama. Masih suka nak bertongkat, jadi lalang dan penuh hasad di dada. Aku tak suka dengan bangsa aku ni suka berebut jawatan, kaki ampu, suka cari salah orang dan banyak lagi yang negatif. Aku tak rasa bangsa aku ni teruk. Bangsa aku OK apa! Kalau nak dibanding kan dengan bangsa lain, lagi teruk aku rasa bangsa kat luar sana.
Satu lagi... orang ada jugak cakap dengan aku, jangan 'up' sangat isu bangsa. Agama itu lebih penting. Betul tu... Memang aku tak nafikan agama adalah tiang kehidupan. Agama kita sama, tapi bangsa kita lain2. So kat sini aku just nak petik pasal bangsa aku yang masih tak berubah.
Bila kita ada ilmu yang sedikit, aku rasa terpanggil untuk berikan juga ilmu itu kepada orang lain. Sebab aku rasa mungkin orang lain perlu tahu hal itu, orang lain perlu sedar hak mereka, orang lain perlu berkongsi rasa dengan kita. Tapi bila ada orang yang tak suka ini berlaku (perkongsian ilmu), bagi aku... ini adalah orang yang sudah busuk hatinya.
Orang akan cakap... "alah, tak yah amik port sangat apa yang dia cakap tu!". Ni bukan masalah port ke apa. Ni masalah hati! Kalau kita ikhlas, kita bagi tanpa nak tunjuk kat orang lain. Kita pertahankan apa yang kita rasa betul.
Tapi kenapa masih ada orang yang suka slash orang lain, walhal dia tahu benda itu adalah salah? Tak suka ke nak tengok bangsa sendiri... seagama ni naik sama?

Ada sesiapa yang nak bagi pandangan?

Monday, August 25, 2014

SANGKA MENYANGKA

"Wahai orang-orang yang beriman. Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati? Oleh itu patuhilah larangan tersebut dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." Suragh Al-Hujurat, ayat 12.

Sultan Murad 1V, iaitu Sultan Empayar Othmaniah pada tahun 1623-1640, selalu pergi berjumpa dengan rakyatnya secara menyamar. Selalunya beliau ditemani oleh Ketua Keselamatannya.

Pada suatu hati mereka terlihat sekujur tubuh yang dah tak bernyawa di tepi jalan. Tak ada orang pun yang pedulikan jenazah tersebut. Kemudian Sultan bentanya kepada orang ramai, siapa yang terbaring itu?

"Oh... dia tu si polan bin si polan. Kaki botol dan suka melanggan pelacur". Kata seorang dari mereka.

Sultan membalas, "Bukankah beliau juga hamba Allah dan umat Muhammad SAW? Tolong saya angkat jenazah ini dan hantar ke rumahnya."

Sampai dirumah arwah, hanya Sultan Murad dan pengawalnya yang tinggal. Orang lain semuanya dah balik. Apabila isteri arwah melihat tubuhn suaminya, beliau terus menanggia, "Moga Allah merahmatimu. Sesunggugnya kamu dari golongan orang yang beramal."

Sultan Murad terkejut. Beliau bertanya, "Macam mana pula kamu katakan suami kamu ini orang yang alim. Sedangkan saya dengan yang sebaliknya tentang suami kamu."

Wanita itu membalas. "Tuan, setiap malam suami saya akan membeli beberapa botol arak lalu membawanya pulang. Sampai di rumah, beliau akan membuang semua arak tersebut ke longkang. Lalu suami saya akan berkata - saya dah selamatkan beberapa orang dari nmembeli arak itu. Kemudia suami saya akan pergi pula ke rumah pelacuran dan membayar seorang dua pelacur dan meminta supaya pelacur itu menutup pintu rumahnya untuk semalaman. Kemudian suami saya ini berkata - hari ini aku dah selamatkan pelacur itu dan orang yang ingin melacurinya".

Moral of the story, jangan suka dengar cakap-cakap orang. Selidik dulu betul-betul.