Wednesday, August 3, 2011

Cara Kawal Duit


Sedang umat Islam menunggu ketibaan Ramadhan minggu lepas, ada sorang kawan trainer aku ni call dan mintak tips bagaimana nak control perbelanjaan harian. Katanya nak masukkan tips tu dlm modul training yang akan diberi kelak. Bagi aku ni perkara mudah. Aku pun ada masukkan tips ni dalam salah sebuah buku aku (yang belum lagi diterbitkan). Tips atau cara yang aku gunakan ni sangat2 mudah. Aku guna excel jer! Dan yang menariknya, aku dah gunakan cara ni sejak tahun 2001 lagi. Alhamdulillah, perbelanjaan aku terkawal dan aku masih mampu berbelanja dan membeli apa2 yang patut bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk my parents, isteri dan anak2.

Caranya cam ni. Bukak satu fail excel dan masukkan info pasal toll, minyak kenderaan, makan dan misc dalam satu table. Di sebelahnya pula, masukkan juga perbelanjaan sebenar atau duit keluar setiap hari. Maksudnya anda perlu masukkan dahulu anggaran perbelanjaan pada bulan tersebut untuk setiap perkara, dan masukkan juga disebelahnya perbelanjaan sebenar yang telah anda keluarkan. Masukkan juga duit bayar bil, bagi parents, duit belanja anak2 dan sebagainya.

Ada yang bertanya, "kalau ada negatif figure, macam mana pulak?" Jangan takut... Itu memang akan berlaku sebab kita sedang membuat anggaran belanjawan bulanan. So di sini la kita kena pakai 'akal fikiran' untuk mengawal belanjawan kita. Jangan la kalau dah ada defisit sampai RM500 lebih, kita masih nak berbelanja sakan. Kita boleh kurangkan apa yang patut. Kalau tiap2 hari makan sampai RM20, kita potong la RM10 jer. Kalau kita asyik nak beli baju, kasut atau apa2 barang yang kurang penting, kita kurangkan pembelian tu. Ingat, beli hanya yang perlu, bukannya beli apa yang kita mahu. Ada pulak orang cakap, "ala... buat apa nak kawal2, rasa nak beli, beli aje la". Boleh jugak macam tu. Tapi kalau anda sedar diri, dan tahu gaji tu tak berapa nak banyak, rasanya cara ini lebih sesuai buat kita semua.

Guna card credit ok tak? Hehehe... menda plastik tu tak ada salahnya; kalau kita fully use our brain lah. Ini tidak, ramai yang nampak card credit tu macam keperluan sebab ramai yang ada. Ini la silapnya. Card credit hanya berguna sekiranya kita benar2 perlu gunakannya. Tak payah la kita discuss pasal card ni. Panjang lebor la pulak nanti.

Cara yang saya gunakan di atas memang amat sesuai untuk orang2 yang mengalami kegagalan mengawal perbelanjaan. Mungkin untuk dua bulan pertama, anda rasa kekok. Tapi saya pasti, sekiranya anda terus mengunakan cara ini, kewangan anda akan terkawal. Ini adalah sistem yang sama diguna pakai oleh setiap syarikat. Finance department mereka akan kawal duit keluar masuk, kan? So ini lah yang saya cuba terangkan. Kawal setiap sen duit keluar masuk anda. Kalau beli gula-gula 20 sen pun, anda kena masukkan di situ. Percayalah, saya tidak pernah sampai terpaksa ikat perut kerana kewangan tak mencukupi. Anak2 masih dapat merasa beli mainan di Jusco dan Toysrus, saya masih dapat bawak wife pergi jalan2 berholiday! Alhamdulillah...

So kalau anda rasa berminat nak tahu macam mana nak buat format sistem ni, meh kita borak2. Mungkin gambar kat atas tu tak berapa nampak sangat. Tapi ingatlah, sekiranya anda percaya pada diri sendiri, pastinya anda tidak menghadapi sebarang masalah lepas ni. Ingat ya, kalau ada RM10, jangan belanja RM11! Allah sentiasa berada bersama kita tatkala kita dalam kesusahan dan kesenangan. Insya Allah...