Tuesday, May 11, 2010

Konsep Penyapu Lidi


Dah banyak kali kita dengar unggapan ini. Sebatang lidi memang tak boleh nak dibuat apa-apa. Nak disebat pun tak sakit, nak menyapu pun tak ke mana, nak dipatahkan... mudah sekali. Tapi cuba kalau dihimpun lidi-lidi itu menjadi satu batang penyapu. Nak dibalun, dah tentu terasa sakit. Nak diguna buat menyapu, pun senang. Nak dipatahkan... hehehe.... fikir sendiri la.

Konsep penyapu ni kita boleh apply pada semua keadaan. Hal keluarga, parti politik, tempat kerja... semua boleh masuk. Contohnya macam crita Aliff Firdaus kat TV3 tu (dan banyak lagi crita melayu yang sama genre). Crita tu menunjukkan bagaiamana adik-beradik yang ramai juga tak sehaluan. Bagaimana anak seorang imam tidak dapat bersatu dan asik bertelagah. Bagi aku, dalam konteks realiti, kalau satu keluarga tu ada 10 adik beradik, dan kalau konsep penyapu ni dorang pakai, nescaya aman bahagia keluarga tu. Satu kepala mungkin tak cukup power. Dan gabungan semuanya, sure family tu dapat selesaikan apa jua masalah.

Satu lagi contoh ialah pada parti politik. Kalau semua jentera parti bersatu padu dan menyokong siapa jua calon yang dipertandingkan, nescaya mereka akan dapat kemenangan besar. Ini tidak! Dalam satu parti pun boleh ada 2-3 puak.

Jangan jadi macam bangsa Arab; mereka ada banyak puak sehinggakan boleh berlaku pergaduhan. Ingat lagi peristiwa nak meletakkan Hajarul Aswad waktu zaman Nabi dahulu? Sehinggakan Baginda yang terpaksa menjadi orang tengah menyelesaikan perbalahan mereka. Dan lihat lah sekarang... ada dengar tak bangsa Arab menolong Palestin sekarang? Walhal Palestin itu juga sebangsa dengan mereka.

Ceritakan lah konsep penyapu lidi ni pada anak-anak kita. Semoga mereka berpegang teguh pada ikatan perpaduan, ikatan kekeluargaan. Tapi bukannya nak bantai anak-anak kita dengan batang penyapu pulak ye...

Monday, May 3, 2010

Air Tangan


Ada pepatah mengatakan, 'siapa diri kita adalah apa yang kita makan'. Saya percaya dengan pepatah ini. Seharusnya barang yang kita makan, menjadi darah daging kita akan menentukan corak hidup kita. Jika makanan itu dari sumber yang baik-baik, maka baik lah hidup kita.

Kita pernah dengar kes-kes di mana anak-anak (atau sang suami) mudah merasa kasihan dan lebih mesra dengan pembantu rumah atau bibik. Dalam dunia yang semakin moden dan membangun, ada juga isteri-isteri yang langsung tiada masa untuk memasak. Hal-hal rumah adakalanya 100% diserahkan kepada si bibik. Dari memasak, mengemas rumah, lipat kain dan menjaga keperluan anak, semua diuruskan oleh si bibik. Dek kerana alasan 'tiada masa' dan busy, maka si bibik menjadi 'suri di dalam rumah'. Dan di sinilah air tangan bibik ini mengalir ke anak-anak dan juga suami di rumah.

Tetapi bukan semuanya begitu. Ada juga kita dengar si bibik ini tidak akan disuruh memasak. Bagaimana penat sekalipun, si isteri akan tetap memasakkan makanan untuk anak-anak dan suaminya.

Jadi terpulanglah pada diri sendiri... Adakah kita sanggup melihat anak-anak kita lebih kepada bibiknya dari kita sendiri? Ingatlah, rezeki dari sumber makanan itu mempunyai 1001 manfaat kepada kehidupan kita. Jika kita menjaga makanan kita, nescaya ALLAH juga akan menjaga hidup kita.