Thursday, April 2, 2009

Mana Yang Utama?

Sebelum pena ini berbicara panjang lebar, ingin dijelaskan di sini bahawa agama itu terlebih utama. Tiada apa yang boleh disaingkan dan tiada apa juga yang boleh disamakan dengan agama. Persoalan yang dijuruskan di sini hanyalah... antara kerjaya, keluarga dan kesihatan diri; yang mana lebih utama?


Terus terang saya katakan di sini, sejak adanya kerjaya dalam hidup disamping telah berkeluarga, saya meletakkan KELUARGA sebagai yang paling utama. Keduanya ialah KESIHATAN dan barulah menyusul hal-hal KERJAYA. Mungkin pendapat dan pandangan anda berlainan dan bukannya hak saya untuk mengubah apa yang telah menjadi pegangan anda. Ini adalah pandangan peribadi saya dan rasanya... akan menjadi pegangan khusus saya sehingga akhirnya.


Persoalannya mengapa itu pilihan saya? Mengapa KELUARGA, KESIHATAN dan barulah KERJAYA? Bukankah dilihat kerjaya itu lebih penting kerana ianya bersangkut paut dengan kehidupan harian - wang! Bagi saya keluarga adalah segala-galanya - ibubapa, isteri dan anak yang saban hari berada disekeliling kita waima dari sudut fisikal ataupun hanya di dalam hati. Mereka secara tidak langsung menjaga dan melihat kita. Kerisauan terhadap keluarga melebihi kerisauan saya terhadap perkembangan ekonomi dunia yang semakin lembab. Kerisauan ini membuatkan saya semakin dekat dengan mereka dan dengan itu juga lah menjadikan saya begitu kuat untuk meneruskan perjuangan hidup.
Saya pernah meletakkan KESIHATAN sebagai pilihan utama. Hmm... mungkin juga pingat emas ni perlu dikongsi antara KELUARGA dan KESIHATAN diri. Apabila diri kita berada dalam keadaan sihat, tanpa apa-apa penyakit kronik dan sentiasa cergad dan cerdas, maka segala kekusutan dan masalah di luar sana dapat kita atasi. Dengan diri yang sihat, kita dapat menjaga keluarga, meluangkan masa bersama mereka, melakukan amal ibadah dan semestinya... dapat melakukan kerja dengan berkesan.
Dan kerana itulah KERJAYA mendapat tempat ketiga dalam diri saya. Ramai yang berpendapat, kerjaya adalah segalanya. Tanpa kerjaya yang tetap, sukar untuk kita menyara diri ataupun keluarga. Saya tk nafikan begitu, malah bersetuju 50% dengan pandangan itu. Cuma saya tetap menegaskan, kerjaya bukanlah kayu pengukur kepada diri kita. Its just there for us to control. Sudah berapa banyak kali saya sanggup korbankan kerjaya untuk menjaga ahli keluarga saya yang sakit? Sudah berapa kali saya menepikan kerja untuk mengutamakan kesihatan diri. Contohnya, saya sanggup mengambil cuti yang lama sekiranya ada keluarga saya yang sakit. Saya ingin bersamanya dan ingin sekali menjaganya. Nak ambil tindakan tatatertib? Silakan... Jika ada 'kesalahan berat' yang telah saya lakukan, saya tak gentar untuk diambil tindakan.
Enough said, ini hanyalah pendirian saya.