Wednesday, November 3, 2010

Teori Kolot Sejarawan Barat


Charles Darwin pada tahun 1830an telah mengejutkan dunia dengan Evolutionary Theory yang mengatakan semua spesis kehidupan ini adalah terdiri dari satu keturunan yang sama. Menerusi kajian yang dilakukannya selama lebih dari 30 tahun, beliau telah dikenali sebagai seorang saintis yang mengatakan bahawa manusia dan beruk adalah dari keturunan yang sama! Maka wujudlah pemahaman dan pertubuhan yang dikenali sebagai Darwinism yang menyokong teori gila ini.

Manakala Stephen Hawking pula adalah seorang theoritical physicist yang dikenali ramai kerana sumbangannya dalam bidang cosmology dan quantum gravity, terutamanya dalam teori black hole nya. Walaupun dengan motor neuron disease yang dihidapinya, beliau masih lagi kuat untuk 'meneroka' alam maya ini untuk mencari teori yang lebih hebat. Maka pada tahun 2009, dengan bangganya beliau memberitahu umum bahawa alam maya ini tercipta dengan sendirinya selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Maka dia juga tidak mempercayai bahawa Allah lah yang menciptakan seluruh alam maya ini!

Berikut hanyalah dua contoh bagaimana kolotnya pemikiran manusia yang kita percaya mereka ini adalah hebat. Golongan budayawan, sejarawan dan pengkaji-pengkaji Barat yang terus menerus memesongkan pemikiran kita dengan teori-teori gila mereka dengan memberikan hujah-hujah dan bukti yang kononnya benar belaka. Matlamat mereka mudah - untuk menjadi terkenal dan secara tak langsung memesongkan akidah dan pandangan kita terhadap keEsaan Allah S.W.T.

Satu lagi 'bencana' yang diberikan oleh sarjana kolot ini adalah teori pra-sejarah mereka. Dinosour yang wujud berjuta-juta tahun dahulu dikatakan tinggal bersama dengan manusia pra-sejarah yang berlindung di dalam gua-gua. Manusia dikategorikan hidup di Zaman Batu (Paleolithic, Mesolithic, Neolithic...). Manusia-manusia awal ini dikatakan hidup sebagai nomadic hunter, memburu binatang-binatang liar untuk makan dan hidup. Mereka bercawat dan tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk berkomunikasi. Mereka hidup berpindah randah dan saling berbunuhan untuk survival hidup. Mereka hidup di dalam hutan, tinggal di dalam gua dan adakalanya di atas pokok.

Kita sedia maklum Nabi Adam adalah manusia pertama di muka bumi ini. Allah mencipta Nabi Adam dengan ketinggian yang amat menakjubkan. Rasulullah S.A.W bersabda, "Allah menciptakan Adam dengan tinggi enam puluh hasta". Jika kita kira dengan pengiraan moden sekarang, maka ketinggian Nabi Adam adalah 27,432 meter! Saya sendiri cuma berketinggian 170meter. Jadi kita boleh bayangkan, tinggi manakah Nabi Adam ini ketika beliau hidup. Dalam menjalani kehidupannya, Nabi Adam sudah pandai menanam pokok2 buah dan menternak binatang. Begitu juga dengan nabi-nabi kemudiannya. Nabi Idris dengan penciptaan alat menulis. Nabi Noh dengan kepandaian membina bahtera. Ini adalah manusia-manusia awal yang mendiami muka bumi ini.

Jadi mana mungkin manusia awal seperti manusia Zaman Batu ini dikatakan bercawat dan hidup nomad? Adakah kita ingin percaya yang Nabi Adam itu sedemikian rupa? Teknologi dan tamadun telah berkembang selari dengan kehidupan manusia. Penciptaan barangan telah wujud sejak adanya manusia. Allah juga telah menjadikan Nabi Adam sebagai seorang yang mengetahui setiap apa yang ada di dunia ini. Beliau tahu setiap jenis pokok-pokok, tumbuhan dan haiwan. Kehebatan manusia telah wujud sejak sekian lama!

Jadi bagaimana pula Darwin boleh memikirkan tentang mawas sebagai sumber keturunannya? Bagaimana pula Hawking boleh menidakkan kewujudan Allah sebagai Maha Pencipta? Inilah bukti yang menunjukkan 'kebodohan orang-orang yang digelar bijak pandai' di muka bumi ini. Kita fikirkan sendiri...