Monday, December 19, 2011

Cara Nak Urus Masa

The Secret of Time Management, Rahsia Pengurusan Masa Cara Islam, Time Management for Dummies... ini adalah sebahagian dari tajuk-tajuk buku yang aku temui; tetapi belum sempat nak beli lagi. Kena pasal pengurusan masa? Sebab dua hari lalu, wife aku mengesyorkan supaya aku menulis pasal Pengurusan Masa. Thanks my dear...

Aku sebenarnya teruja untuk memulakan penulisan mengenai tajuk ini. Apatah lagi ideanya datang dari isteriku sendiri yang memberikan aku keyakinan untuk terus menulis. Tetapi sebelum menulis, aku perlu mengutip semua fakta dan input yang ada. Apa yang aku nak ceritakan? Apa yang aku nak ketengahkan? Apak konsep yang aku nak bawa?

Aku pernah dengar satu pepatah Arab: Masa ibarat pedang. Kalau kita tak memotongnya, pasti ia memotong kita. Betul ke? Boleh ke kita potong masa? Atau boleh kah kita 'top-up' masa yang selalunya kita dengar orang cakap tentant "tak cukup masa?" Kalau nak dikira, dalam setahun kita ada 8,760 jam. Masa yang sebegini banyak pun kita boleh cakap "tak cukup masa".

Tetapi apa yang menyentuh hati aku sendiri adalah apabila aku mendengar satu khutbah Jumaat beberapa minggu yang lepas. Khatib berkata, sekiranya kita ikhlas bersolat dan menjaga solat, maka kita sebenarnya telah memegang masa. Maknanya, dengan menjaga solat kita boleh mengawal masa. Kalau kita rasa masa tu macam tak cukup, cubalah jangan tinggal solat. Ini lah antara rahsia ALLAH SWT yang ramai di anatara kita belum temui.

Ok lah, aku berdoa agar aku diberi kesempatan untuk menulis buku ini. This book shall be dedicated most to my wife; yang memberikan ilham dan idea untuk menulis.