Wednesday, April 21, 2010

Hanya Dengan Debu...





Pada 17 April yang lalu, telah terjadinya bukti keagungan Allah S.W.T. di negara Iceland apabila Gunung Berapi Eyjafjallajokull meletus dan menghamburkan debu-debu tebal ke udara. Debu-debu ini mencetuskan fenomena di seluruh dunia apabila kebanyakan perkhidmatan udara ditangguhkan berikutan risiko yang tinggi ketika itu. Dan sehingga laman ini ditulis, masih ada lagi yang terperangkap di merata negara seperti di London, Scotland, Amsterdam dan di Paris.

Bermula hanya dengan debu... betapa kebesaran Allah S.W.T. itu tidak dapat dipertikaikan lagi. Debu telah melumpuhkan pergerakan manusia, ekonomi terjejas dan pastinya kesihatan manusia juga berada di tahap bahaya. Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menerima tamparannya apabila mereka yang berada di luar negara tidak dapat pulang kerana banyak penerbangan ditangguhkan.

Dan lihat pula gambar-gambar di atasa. Wujud pula kengerian dan misteri baru apabila wujudnya medan elektrik di kawasan valcano itu apabila jurugambar dapat mengambil gambar seakan kilat menyambar di kawah gunung berapai. Apa bendanya ni?

Bagi kita yang beragama Islam, kita renungkan lah kisah debu ini... dan kisah bagaimana saban munggu kita dikejutkan dengan berita gempa bumi di merata dunia. Ya Allah... sudah dekat pengakhir zaman nampaknya. Bumi sudah tidak stabil, lahar dimuntahkan, penduduk bumi juga dipeluk kerisauan cuaca yang tak menentu, pergerakan bumi... semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T.

Persoalannya: Adakah mata kita atau mata anak kita yang akan melihat kehancuran alam semesta ini?

No comments:

Post a Comment